August 12, 2012

usrah. Islam. Allah. nak cerita sikit.

kalau dalam 5 tahun lepas, kau tanya aku apa tu usrah, mesti aku tak tau jawab. tup tap, tup tap, aku masuk MMU. lepas tu, ada pula satu kelab kat situ guna nama usrah. tak pernah terfikir atau tertanya pun apa benda usrah tu. aku jadi ahli kelab tu pun dalam keadaan separa sedar. mungkin masa tu kak mawaddah yang suruh join. kak mawaddah memang antara org yang aku respek di MMU.

masa first year, usrah kami sgt santai. tak tahu pun namanye usrah. cuma semua gathering2 kitorang dianggap sbg waktu yg best utk melepak bersama. lagipun kitorang semua tak nampak cm budak usrah pun. tapi ada la persahabatan yang terjalin dan kekal hingga kini.

lepas tu, aku dpt pula tawaran jadi exco kelab. sejujurnya perasaan aku amatlah neutral masa dapat tawaran. kalau orang lain tertanya kenapa diorang dipilih, tapi aku tak tanya pun, sebab dapat jawatan sama dengan dapat saps point. pastu dapat jawatan la kan. lagipun, aku rasa aku memang takde niat pun masa tu. just go with the flow bak kata org putih.

setahun jadi exco, ada la sedikit sebanyak perubahan yang terpancar. tapi masa tu tahap adab aku masih agak teruk sebenarnya. kalau nak cakap kasar tu tak fikir dua kali. kalau nak sebut sesetengah perkataan tu pun tak fikir dua kali. kalau orang cakap pasal pengaruh rakan sebaya, aku mmg setuju sangat. sebab dulu aku ada sorang kawan ni, mulut dia agak berbisa. mungkin Allah nak pelihara, persahabatan kami putus. tapi tu masa tahun ketiga. 

tahun ketiga, aku dinaikkan lagi. masa ni, aku dah mula persoalkan keputusan majlis yang melantik tu. sebab jawatan tu besar. dan kalau tgk org yang memegang nya sebelum tu, memang tak layak dipandang walaupun dengan sekelip mata. tapi masa dan keadaan mendesak. ada sedikit rasa besar hati kerana terpilih. tapi yg selebihnya hanyalah takut dan takut.

tahun tu aku mula lebih serius pasal mengejar ilmu. aku dah mula rajin sikit nak keluar kampus cari orang yang mengajar. cuma masa tu, yang aku asyik ternampak semuanya yang berbayar. tapi aku rasa aku memang jenis orang yang senang nak keluar duit. (kot) jadi semuanya jalan la masa tu.

sampai satu tahap tu, aku sampai ke tempat yang selalunya hanya pernah aku dengar. kau tau apa? kemanisan iman. ye. kemanisan iman tu ada. sebab aku pernah sampai. tapi kalau kau ingat senang nak duduk kat situ. kau salah. kau salah sangat. sebab tempat tu, harga dia mahal. kalau kau nak bayar cikai-cikai je, kau jangan harap nak dapat la. 

kenapa aku cakap mahal? sebab lepas sampai situ, aku macam dah relax jap. lepas tu aku mula lupa nak bayar betul-betul, bayaran aku untuk tempat tu semakin murah, jadi dibuang keluar. 

sekarang ini aku tengah cuba nak masuk balik. aku cuba nak cari tenaga dan kekuatan untuk buat bayaran tu. diorang cakap ramadhan ni untuk training. tapi diorang salah, kau kena training sebelum Ramadhan. mungkin kau kena start setahun sebelum. kau ingat senang nak bangun malam letak dahi atas sejadah? kau ingat laylatul Qadr tu untuk semua orang? kau fikir la baik-baik. 

apa point aku tulis panjang-panjang ni? sebab aku nak bagitahu, suasana yang baik tu perlu untuk semua orang. kalau kau nak jadi mak bapa orang, kau train lah dari sekarang cara nak wujudkan suasana yang baik. 

usrah? kenapa penting? kalau nak tinggal benda-benda tak berfaedah tu, kau ingat senang ke? benda-benda tu makanan nafsu kita. nafsu kita ni bukannya jinak. jadi sokongan tu perlu. sebab tu la kau kena pergi usrah. orang nak tinggal dadah ngan arak pun ada social support group diorang. ni kau nak tinggalkan benda yang mungkin kau dah rasa lali dengannya. yang lagi bahaya, orang tak anggap benda tu bahaya pun. sebab benda tu tak merosakkan tubuh kau. dia merosakkan roh kau. roh kau, sapa yang nampak? 

kenapa tiba-tiba aku cakap pasal benda ni?  

semalam ada sorang adik aku ni like satu post, entah camne post tu keluar kat page aku.


benda pertama yang terlintas kat kepala aku ialah 'betul. betul sgt. boleh sakit kita dibuatnya.'

semoga bermanfaat. bukan saja-saja aku tulis macam ni, tapi ayat-ayat datang macam ni dalam otak aku.

p/s: dear gentle readers. i apologize if this seems harsh. hehe.

1 comment:

InkFlow said...

inspirational! ;D

Rindu baca your blogposts. XD finally.