December 12, 2011

Hajar

Dan Ibrahim bergerak pergi tanpa berpaling. Hajar yang gusar bertanya:

“Ibrahim, ke manakah engkau pergi? Apakah engkau meninggalkan kami di tanah gersang ini?”

Nabi Ibrahim tidak berpaling. Hajar bertanya lagi. Hinggalah Hajar perasan sesuatu, perasan bahawa tindakan suaminya itu bukan kehendaknya. Tetapi kehendak yang lebih besar daripadanya. Lantas soalan diubah.

“Apakah ini arahan Allah?”

“Ya.” Ibrahim menjawab.

Terus seorang Hajar berkata: “Jika begitu, tiadalah perlu gundah gulana. Dia tidak akan mempersia-siakan kami.” 

Semoga Allah memberi keyakinan seperti ini kepada setiap seorang daripada kita!

p/s : Petikan artikel dari Langit Ilahi tulisan Hilal Asyraf. Baca artikel penuh di Langit Ilahi.

No comments: