November 11, 2011

Tuhanku, Tuhanmu.

Tuhan,
Ampunilah aku, aku berdosa,
sesungguhnya diriku ini hanyalah insan yang lemah,
sentiasa lalai dalam melaksanakan tugas amanahMu dengan sempurna.


Tuhan,
Ampunilah aku, aku berdosa,
sering melupakanMu dikala kesenangan,
teraba-raba mencariMu ketika kesusahan.


Tuhan,
Ampunilah aku, aku berdosa,
angkuh dan malas meminta bantuanMu, 
sibuk dan lalai dengan urusan dunia yang fana. 


Tuhan,
Ampunilah aku, aku berdosa,
bantulah aku mengingatiMu, 
kerana aku bersungguh-sungguh mahu dekat denganMu.


Tuhan,
Ampunilah aku, aku berdosa,
jauhilah aku dari kejahatan yang pada zahirnya haq,
letakkanlah aku dalam perlindunganMu Ya Waliyy. 


Tuhan,
Tunjukkanlah aku jalan yang lurus itu,
kekalkanlah aku dalam agamaMu yang syumul ini,
benarkanlah aku kembali dalam redhaMu.