December 7, 2011

syirik


syirik itu, bila kamu percaya kepada kekuasaan sesuatu selain daripada Allah.

syirik itu, bila kamu rasa kata-kata daripada seseorang itu mempunyai kuasa ke atas kamu, dan bukan ketentuan Allah yang menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku.

syirik itu, bila kamu mula bergantung kepada sesuatu selain daripada Allah. contohnya, kenapa kamu ni suka nak bangkang dan memberontak dengan (masukkan perkataan pilihan), selama ni siapa yang bagi makan untuk kamu? nau'zubillah.

eh, terpolitikus?

syirik itu bermula bila, kamu rasa diri hebat kerana usaha kamu sendiri. bukan kerana dengan keizinan Allah.

syirik itu bermula bila, sudah ada benih-benih ujub dan takabbur di dalam dirimu.

syirik itu dosa besar. dosa yang tidak diampuni tanpa taubat nasuha.

syirik itu menjahanamkan manusia.

fitrah kita mahu kepada Tuhan, bila menolak fitrah, binasalah manusia.

“La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin.”

Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” [al-Anbiya’ 21:87]


p/s: i'm glad God let me out of the movie session. honestly, i did not want to go. maaf kawan-kawan.

4 comments:

InkFlow said...

hahaha. aku dh bilang awal2. Tak ada orang memaksa. Keputusan itu di tangan anda. Alhamdulillah Allah menolong mu.

Lain kali jgn paksa diri kalau xnak dong.

Najat said...

what movie are you talking about?

niksan said...

Like~!

-adibah- said...

najat : it's puss in boots.