December 17, 2008

buck up FMD

ada satu perkara yang ingin saya bangkitkan mengenai pengurusan keselamatan di hostel sepanjang saya berada di mmu untuk hampir 6 bulan. masalah penggera kebakaran yang berdering sedangkan tiada apa-apa jenis kecemasan yang berlaku. bukankah kegunaan penggera ini adalah untuk menimbulkan reaksi spontan untuk menyelamatkan diri dari pelajar tentang kecemasan yang berlaku. tapi, perkara sebaliknya yang berlaku di mmu. penggera ini akan berdering hampir setiap hari. yang peliknya, ianya berdering di waktu yang sama setiap hari. ianya seperti seseorang telah menetapkan masa dan waktunya untuk penggera-penggera ini berdering.

isu sebenar yang saya ingin katakan di sini ialah,bagaimana jika sesuatu kecemasan benar-benar berlaku dan para penghuni hostel yang tidak memberi perhatian bakal terperangkap dalam situasi yang mencemaskan. seperti kata seorang sahabat saya, jika kebakaran benar-benar berlaku, beliau tidak akan mengesyaki apa-apa. ini adalah kerana ianya sudah menjadi satu rutin harian untuk mendengar bunyi penggera ini bagi penghuni hostel. harap-harap pihak pengurusan akan mengambil langkah yang sewajarnya sebelum malang menimpa.

1 comment:

najAt said...

this is a good piece.didnt know u still have the BM in you.kehkeh.now if only you'll send it to the admin.hmm..